Followers

Monday, December 06, 2010

keturunan PAK KADUK..

al-kisah...

korg penah dengar tak keturunan tak boleh makan ikan tapah? ape? tak penah?? hrmm.. kalau orang perak, mesti penah dengar.. and aku salah sorang dari keturunan itu.. memang tak boleh makan ikan tapah.. tak boleh pegang ikan tapah.. and even terkena air ikan tapah itu.. if termakan, terpegang or terkena air ikan tapah, maka kulit akan gatal-gatal yang amat teruk.. nak tau ape kisah disebalik nya?? kalau korang nak tau, baca lah.. if not, tak yah lah baca... heee..

korang ingat lagi tak cerita pak kaduk  dalam buku antologi tingkatan 2.. dah lupe?? aiyoo.. meh sini aku nak cerita.. ..

Pak Kaduk ni seorang yang suka menyabung ayam.. ayam dia sangat hebat.. setiap pertaruhan mesti dia menang.. satu hari, seorang sultan mengajak pak kaduk untuk bersabung ayam tetapi dengan syarat ayam pak kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata.. pak kaduk telah mempertaruhkan kampung halaman dan isi rumahnya.. manakala, sultan akan memberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.. tanpa berfikir panjang, pak kaduk pun terima syarat-syaratnya..

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam pak kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang.. pak kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah pak kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan. so, terpaksa lah pak kaduk menyerahkan kampung nye, isteri dan anak perempuan nya.. tinggal lah pak kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing peliharaan nya..

maka, terpaksa lah pak kaduk membawa diri ke sebuah pulau iaitu di tepi tebing sungai perak.. sedang pak kaduk memikirkan masa depan nya, tiba-tiba kucing nya mengiau-ngiau seperti ingin memberitahu sesuatu.. lalu, pak kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, pak kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai  lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. pak kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.

Maka pak kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah pak kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:

"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya..."

tapi kalau terkena sumpahan ini, untuk ubati nya kena ambik air emas tersebut dan minum air nya atau sapu ditempat yang sakit itu.. emas yang tinggal hanya beberapa sahaja.. masih disimpan di Lambor, Perak oleh salah seorang keturunan pak kaduk.. 

jadi, itulah kisah keturunan aku iaitu keturunan Pak Kaduk.. sekarang baru discover pasal kisah pak kaduk ni.. itu yang eksited cite kat sini.. juz wanna share wit u guys.. mana tau kite sama2 keturunan pak kaduk.. hihihi.. okiess.. itu saja nak cerita.. apa kata anda?? ;))

4 comments:

lysa-chomel^^ said...

oh, yeke mcm tu?mmg betul ke cerita ni?xpenah tau pon...

shikin shariff said...

kisah benar.. dalam buku form 2 juz cite sampai pak kaduk kalah je.. huhu.. macam tak caya kan ada sumpahan bagai.. heee..

lysa-chomel^^ said...

haah..wah2, x sangke kan..so, ko mmg x penah mkn pon ikan tapah ni eh?pastu, cmne ko dpt ko tau ko keturunan ni weh?

shikin shariff said...

yupp,tak penah makan.. aku tau dari ayah aku.. then,die cerita lah kisah sumpahan tue.. and aku try google, memang ada sumpahan tue..